my playlist

Monday, January 9, 2012

TIDAK MEMBERITAHU SEPENUHNYA


Adakah jika kita tidak memberitahu sesuatu perkara sepenuhnya kepada seseorang itu dianggap sebagai menipu?


Ketidaksampaian hati ini yang sering membuatkan diri ini tidak mampu untuk memberitahu sesuatu perkara itu dengan sepenuhnya kerana khuatiri akan membuatkan pihak tertentu terguris atau terasa hati. Mungkin menjaga hati dan perasaan orang yang disayangi adalah lebih penting dari menjaga hati dan perasaan sendiri. Dan ini sering mengakibatkan diri ini selalu tidak sihat pada segi fizikal secara amnya. Walhal secara khususnya ini adalah kesan dari kesihatan mental dan emosi yang sering terganggu apabila diri ini mendiamkan diri dari mengatakan sesuatu kepada pihak tersebut. Dan ini tidak bererti diri ini ingin menipu akan tetapi diri ini cuma tidak dapat meluahkan isi di dalam yang mungkin akan mengganggu gugat ketenteraman jika individu itu mendapat tahu hal yang sebenarnya.

0 comments:

Post a Comment