my playlist

Tuesday, January 10, 2012

TIDAK BERI PELUANG



MANUSIA


Jika tidak diberikan peluang, mereka akan menjadi lebih memberontak.


Lebih-lebih lagi jika mereka tidak diberikan peluang untuk berubah ke arah kebaikan. Kenapa perlu untuk mengasingkan manusia yang jahil seperti itu terkapai-kapai tanpa 'guidance' dan akhirnya hati mereka akan terus tertutup untuk berubah ataupun mereka akan memberontak dengan cara mereka tersendiri?


Oleh itu, berikanlah mereka ini peluang untuk berubah ke arah kebaikan dan janganlah sesekali menjatuhkan air muka dan sekaligus menutup peluang mereka untuk melangkah setapak untuk kebaikan kerana semua manusia berhak untuk merasai kebahagian dunia akhirat.

0 comments:

Post a Comment